Sunday, November 21, 2010

Sunday, November 14, 2010

SALAM.....


Bertemu kembali...bb harap geng2 blogger sihat dan makin ayu dn encem yer....sory dh lame sgt tak update blog bb nie....sibuk sgt semenjak dua menjak nie....tk cukup ms laaa....t bb update k...skg tgh kumpul n tgh cari bhn2 dn cerita2 terbaru...tunggguuuu,...muaahhhhh..

ni gambar terbaru BB dn ank2 buah tercyg...dok jln2 kt ICT,

S.aLAM.....

Sunday, September 12, 2010

SALAM AIDILFITRI...


SALAM.....dikesempatan ini bb nak ucapkan salam lebaran..maaf zahir batin tuk semua geng2 blogger dan teman2 tersayang...Sekejap jer dh nak masuk 4syawal kan...esok pn bb dh start keje balik dh....hmmm...dn bg geng2 yg berpusu2 nk balik keumh masing2 dn ada yg bekerja gak esok...hati2 k...ok...choooowwwww....peace..peace...muahhhhhhhhhhh...

Saturday, July 3, 2010

Rindu Nyerrrrrrrr....
























SALAM......dh lama rs nyer tak intai blog bb nie....hmmmmm....bukan xnak on9 atau apa..cume masa tk mengizin kan je...nie ada foto2 terbaru bb wth my best fren and my sis....hehehehee...dr ke sg congkak..ke hotel concorde n terbaru kitorang mengeteh ke KL(jumaat lepas 02/07/10)...mostly shopping la...naik bengkak kaki nie..kehulu kehilir...ok la buat yg sudi singgah blog bb nie..me kasih byk2 tau...bb syg u all k..muaaaaaaahhhhhhhh.....papai.

Friday, June 4, 2010

DO LESS....

DO LESS...
DO LESS THINKING,
and pay more attention to your heart.
DO LESS ACQUIRING,
and pay more attention to what you already have.
DO LESS COMPLAINING,
and pay more attention to giving.
DO LESS CONTROLLING,
and pay more attention to letting go.
DO LESS ARGUING,
and pay more attention to forgiveness.
DO LESS RUNNING AROUND,
and pay more attention to stillness.
DO LESS TALKING,
and pay more attention to silence.

CANTIKNYA.....


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam hingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan ipar duai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
antiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Salam .....

Slmt malam geng2 baby yg comei2 semua...Alhamdulillah demam baby dh kebah..cume tinggal batuk skit2 jer....bulan lima yg lepas la bulan yg banyk menguji kesabaran baby dn boleh dikatakan bulan penuh dugaan.....ermmm.....selepas kehilangan mak tersayang...baby kena demam teruk.....selang dua minggu kena demam lagi sampai ni la..baru nk ok...Alhamdulillah...syukur sgt2 masih diberi kekuatan dn kesihatan untuk menerus kan kehidupan baby seperti biase.....buat Mak tercinta...doa baby tak pernah luntur untuk Arwah mak dan arwah abah....kehilangan mak dan abah dari hidup baby...tak dapat nk gambar kan perasaan nie...terase sgt sunyi hidup nie..Allah saje yg tahu.....Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin..AlFatihah.

Friday, May 28, 2010

DEMAM...DEMAM...DN DEMAM LAGI...huhuhuhuhu

Salam...dn slamat ptg geng geng blogger semua yg di kasihi.....hr ni bb nk cite pasal diri bb la..dh kering kontang dh idea ni nk tulis apa kt cini....skg ni bb demam...dh seminggu lebih dh kena sakit tekak, demam dn sekarang batuk bagai nk rak..sampai nk tercabut urat perut bb nie....suare pn dh mengalah kan c. ella lentok tu...huhuhuhuhuh.....kelmarin g amik darah...takut2 dijangkiti dik penyakit zaman skg nie...mcm2 bb dgr...takut pn ada...risau pn ada...mcm2 bermain kt kotak kepala nie....tunggu bagai nk rak kt klinik kesihatan berjam2...keputusan pn diumumkan...huhuuhh.jeng jeng jeng.......Alhamdulillah....keputusan darah normal.....cuma sel darah putih terlebih di sebab kan jangkitan kuman ......syukur sgt sgt.....kalau tk...dh berkampung la bb kt ospital....huhuhuuh.....hr ni cuti...wesak day...esok dn luse bb cuti, dapat la relax kt umh.....harap sgt dapat sembuh sepenuhnya dlm ms cuti nie...soo isnin leh la bekerja dgn semangat waja...hahhahahaa.....ok la....papai semua...love u all...muaaahhhh.....cewahhh....lalalalalalallalalaa...(mcm sht lak aku ni...Zzzzzzzzzzzz)

Baby dapat Award ???


Thanks Mr.Boey....hmmm...bb dapat award dari boey...pelik gak..mcm mn leh dapat award nie...n3 pn tk banyk..org dh nak bg kite amik jer la...time kaceh bro....dn apa fungsi award ni pn bb tak tahu....anyway...thanks a lot bro....

Saturday, May 15, 2010

PEREMPUAN CANTIK & TAK CANTIK DMATA LELAKI

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam..
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
Kalau perempuan cantik berbuat jahat..
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat..
Lelaki akan kata: dah la tak lawa, perangai plak mcm.. dot.. dot.. dot!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan..
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan..
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome..
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome..
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih..
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??! sibuk ni tau tak!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
(betul ke macam tu erk..bg kaum LELAKI setuju tak ngn apa yg tulis diatas....pikir2 kan la yer...)

SALAM SAYANG UNTUK TEMAN BLOGGER







Friday, May 14, 2010

Jom Kite Jenguk2 Karektor Kerja & Zodiak Setiap Kamu : Betul ke ni ?!

ARIES :pekerja yang berzodiak Aries tidak suka pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan kerja yang sama sepanjang masa. cepat jemu dan terase seolah olah kreativiti mereka terbatas. selain itu gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. mereka ni sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. untuk membuatkan si aries ni gembira, berikan kepercayaan kpd mereka untuk membantu apa yg perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yg kurang mahir. mereka mmg suka bab mcm tu !
TAURUS: bukan nak mengampu, tapi sememangnya taurus adalah seorang pekerja yang baik. mereka sangat kuat bekerja sangat setia dan tak suka " kipas mengipas" ni. mereka bekerja ikut peraturan dan sedaya upaya melakukan kerja yg diberikan itu sehingga selesai. cuma mereka ni agak lembab skit dan suka buat kerja last minute. pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yg terbaik. tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nnt. untuk mengembirakan taurus, serah projek yang benar benar menepati keupayaan mereka.
GEMINI: mereka ini gemar berkongsi idea dgn teman setugas ygn lain. tak kedekut ilmu beb!. tapi dalam masa yg sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja dalam tempoh lama. selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ini boleh menjadi ' ratu gosip'. mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. pekerjaan yg sesuai adalah pekerjaan yg membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.
CANCER: bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu disaat diperlukan. usah bimbang mereka ini bukan termasuk didalam orang orang yg berlumba untuk mendapat kuasa. bg mereka, pekerjaan yg penting bagi menjamin kehidupan yg selesa. persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
VIRGO: jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja, tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yg diberikan bg melengkapkan diri mereka dgn pengetahuan yg diperlukan. mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
LIBRA: ramai teman sekerja yg beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. keupayaan mereka juga berubah ubah. satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan dihari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yg tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat. walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih lebih pula!.
SCORPIO: ternyata mereka ini mampu berdikari dan tak mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. segalanya bisa diatur. yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. mereka tak takut untuk menyuarakn pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. berani kerana benar. tak kira yg buat salah itu orang atasan atau teman sejawat. mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. bermakna, kalau orang baik dgn mereka, begitu juga dgn mereka. kalau tak, maaf je la.!
SAGITARIUS: mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. apa jua yg diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. tak ada masalah. pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka. jangan cuba main main.
AQUARIUS: sukar untuk bertolak ansur dgn mereka ini. bukan apa, mereka asyik ingin lakukan yg terbaik. mereka juga bercita cita tinggi. untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.
CAPRICORN: mereka gembira bila merasa diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. mereka juga sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. pun begitu, mereka bukanlah seorang yg suka memaksa. apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yg diimpikan itu. namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. jika dirasakan kerja yg dilakukan berbaloi, bermakna gaji yg diberikan juga harus berbaloi.
PISCES: mereka boleh menjadi seorang pekerja yg taat dan kerja kuat. sekiranya ada yang tak kena didalam pejabat, pasti merekalah yg mula mula mendapat tahu. mungkin sebab terlalu prihatin kot. mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan.

LEO: Wah! si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka dimata teman teman sepejabat. usah cuba nak komen, pasti tak diterima meraka. namun mereka gemar memberi nasihat kepada orag lain. untuk mengawal mereka ini, senang saja. berikan mereka lebih tanggungjawap agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting. tapi berwaspadalah kamu, silap haribulan kerja kamu pula dirampas nya !
( kalau teman2 nk tahu baby lahir dalam bulan July dan berbintang Leo..hmmm..tapi ni semua hanya ramalan berlaka, jgn ambil serius k)...JULY--->sangat seronok didampingi banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki. agak pendiam kecuali dirangsang. ada harga dan maruah diri. tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.mudah dipujuk dan bercakap lurus sangat menjaga hati orang lainsangat peramahemosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.berjiwa sentimental.jarang berdendam.mudah memaafkan tapi sukar melupakan.tidak suka benda remeh temeh.membimbing cara fizikal dan mental.sgt peka, caring dan mengasihi dgn semua orang.tinggi daya simpati.pemerhatian yang tajam.suka menilai orang lain dgn pemerhatian.mudah dan rajin belajar.suka muhasabah diri.suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.suka mendiamkan diri.suka duduk dirumah.suka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksalemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal diet.minta disayangi.mudah terluka hati tapi lambat pulih. terlalu mengambil berat.rajin dalam membuat kerja.!!
(berdasarkan kajian Dato Fadzillah Kamsah)



Sunday, May 9, 2010

DIET & JENIS DARAH


Diet: Apa Jenis Darah Anda?
kasihsayang LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Dr. Peter J.D´AdamoMenurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A: • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga • Cukup beristirehat Menu diet yang dianjurkan: Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat Snek: Jus anggur / kopi Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B: • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging. • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti. Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan. Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung. buah-buahan yang berkhasiat Menu diet yang dianjurkan: Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak Snek: Jus anggur Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB: • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan Menu diet yang dianjurkan: Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju Snek : Yogurt Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba Snek: Kek keju dan teh herba Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O: • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain • Mudah mengadaptasi berbagai makanan • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian Menu diet yang dianjurkan: Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek : Sepotong kuih Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Sunday, May 2, 2010

TIPS PEMAKAI KANTA LEKAP







Anda pakai kanta lekap dan bersolek....jom kita kongsi 6tips cara terbaik...

1) pakai kanta lekap sebelum mula bersolek
2) jangan guna losen atau sentuh apa2 krim sebelum memegang kanta lekap anda kerani ini akan meninggalkan kesan keatas kanta anda..ingat tuu...
3) pilih bedak asas yang berasas kan air
4) jangan guna maskara berlebihan.
5) jangan guna bulu mata alsu, wangian, pewarna kuku berdekatan dgn kanta lekap anda.
6) sebelum menanggalkan mekap, cuci dan keringkan tangan kamu dan tanggalkan kanta lekap
anda dulu...ok...

LELAKI ASIA TAK ROMANTIK KER...HMMM


Opsss!!!! LELAKI ASIA TAK ROMANTIS ?
>Pendapat umum secara rambang ada mengatakan kebanyakan lelaki hanya romantis ketika di awal percintaan, dn berubah selepas berkahwin..betul ke wahai kaum adam yg d sayangi...????
>Ada lelaki juga berpendapat jika bersifat romantis ada kalanya merimas kan mereka sendiri...hmmmmmm????
>Dan ada juga lelaki berpendapat untuk bersikap romantis hanya dan boleh dilaku kan padawaktu2 tertentu sahaja...hmmm.. tentu ramai wanita diluar sana sedih dan rase tidak disayangi jika berjumpa lelaki didalam ketegori seperti ini kn..aarhhh bosan nyer.!!!
>Bagi lelaki "Romantis" adalah sesuatu yang subjektif. Sifat ini bukan ada pada semua lelaki
tetapi ia datang dari hati seorang yang mahu memberikan kasih kepada insan tercinta...
>Romantis tidak boleh dibuat2 atau berlakon kerana keadaan seperti itu tidak ikhlas, ia datang
dari hati dan naluri lelaki itu sendiri....
>Jangan ada yg mengambil kesempatan dgn sikap romantis pada setiap pasangan mereka
sudah la....tidak kira lelaki atau perempuan....betul tak????????????