Friday, May 14, 2010

Jom Kite Jenguk2 Karektor Kerja & Zodiak Setiap Kamu : Betul ke ni ?!

ARIES :pekerja yang berzodiak Aries tidak suka pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan kerja yang sama sepanjang masa. cepat jemu dan terase seolah olah kreativiti mereka terbatas. selain itu gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. mereka ni sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. untuk membuatkan si aries ni gembira, berikan kepercayaan kpd mereka untuk membantu apa yg perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yg kurang mahir. mereka mmg suka bab mcm tu !
TAURUS: bukan nak mengampu, tapi sememangnya taurus adalah seorang pekerja yang baik. mereka sangat kuat bekerja sangat setia dan tak suka " kipas mengipas" ni. mereka bekerja ikut peraturan dan sedaya upaya melakukan kerja yg diberikan itu sehingga selesai. cuma mereka ni agak lembab skit dan suka buat kerja last minute. pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yg terbaik. tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nnt. untuk mengembirakan taurus, serah projek yang benar benar menepati keupayaan mereka.
GEMINI: mereka ini gemar berkongsi idea dgn teman setugas ygn lain. tak kedekut ilmu beb!. tapi dalam masa yg sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja dalam tempoh lama. selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ini boleh menjadi ' ratu gosip'. mood dan produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. pekerjaan yg sesuai adalah pekerjaan yg membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.
CANCER: bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu disaat diperlukan. usah bimbang mereka ini bukan termasuk didalam orang orang yg berlumba untuk mendapat kuasa. bg mereka, pekerjaan yg penting bagi menjamin kehidupan yg selesa. persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
VIRGO: jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. mereka tak kisah jika terpaksa bekerja malam semata mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar. sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja, tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yg diberikan bg melengkapkan diri mereka dgn pengetahuan yg diperlukan. mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
LIBRA: ramai teman sekerja yg beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. keupayaan mereka juga berubah ubah. satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan dihari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka yg tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat. walau bagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih lebih pula!.
SCORPIO: ternyata mereka ini mampu berdikari dan tak mengharapkan pertolongan daripada orang lain sangat. segalanya bisa diatur. yang bagusnya, mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. mereka tak takut untuk menyuarakn pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. berani kerana benar. tak kira yg buat salah itu orang atasan atau teman sejawat. mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. bermakna, kalau orang baik dgn mereka, begitu juga dgn mereka. kalau tak, maaf je la.!
SAGITARIUS: mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. apa jua yg diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. tak ada masalah. pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka. jangan cuba main main.
AQUARIUS: sukar untuk bertolak ansur dgn mereka ini. bukan apa, mereka asyik ingin lakukan yg terbaik. mereka juga bercita cita tinggi. untuk mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.
CAPRICORN: mereka gembira bila merasa diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja. mereka juga sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. pun begitu, mereka bukanlah seorang yg suka memaksa. apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yg diimpikan itu. namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. jika dirasakan kerja yg dilakukan berbaloi, bermakna gaji yg diberikan juga harus berbaloi.
PISCES: mereka boleh menjadi seorang pekerja yg taat dan kerja kuat. sekiranya ada yang tak kena didalam pejabat, pasti merekalah yg mula mula mendapat tahu. mungkin sebab terlalu prihatin kot. mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan.

LEO: Wah! si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka dimata teman teman sepejabat. usah cuba nak komen, pasti tak diterima meraka. namun mereka gemar memberi nasihat kepada orag lain. untuk mengawal mereka ini, senang saja. berikan mereka lebih tanggungjawap agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting. tapi berwaspadalah kamu, silap haribulan kerja kamu pula dirampas nya !
( kalau teman2 nk tahu baby lahir dalam bulan July dan berbintang Leo..hmmm..tapi ni semua hanya ramalan berlaka, jgn ambil serius k)...JULY--->sangat seronok didampingi banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki. agak pendiam kecuali dirangsang. ada harga dan maruah diri. tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.mudah dipujuk dan bercakap lurus sangat menjaga hati orang lainsangat peramahemosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.berjiwa sentimental.jarang berdendam.mudah memaafkan tapi sukar melupakan.tidak suka benda remeh temeh.membimbing cara fizikal dan mental.sgt peka, caring dan mengasihi dgn semua orang.tinggi daya simpati.pemerhatian yang tajam.suka menilai orang lain dgn pemerhatian.mudah dan rajin belajar.suka muhasabah diri.suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.suka mendiamkan diri.suka duduk dirumah.suka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksalemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal diet.minta disayangi.mudah terluka hati tapi lambat pulih. terlalu mengambil berat.rajin dalam membuat kerja.!!
(berdasarkan kajian Dato Fadzillah Kamsah)



No comments: